ID Log Masuk : Kata Laluan : Daftar | Lupa Kata Laluan?

TIPS Cara Ke Green Dari Bawah Pokok – Prom Meesawat

Diperbaharui: 2010-06-15 09:46:53

Pokok-pokok rendang di lapangan golf selalunya digemari oleh pemain golf terutama sekali pemain amatur, apatah lagi jenis puteri lilin.

Pokok-pokok inilah dicari waktu bermain di dalam cuaca panas terik, apatahlagi sesudah kita membuat pukulan kedua ke green yang  ada ahli kumpulan kita mengambil masa ‘berjam-jam’hendak melakukannya.

Kalau yang jenis tak tahan panas etika cari bola kawan yang masuk hutan atau rough pun tidak dipedulikan.

Sebaliknya pokok-pokok ini boleh menimbulkan kemarahan apabila pukulan tee yang cantik tersasar sedikit dan berhenti di bawah pokok rendang dengan dahandan rantingnya menjulur dan sedia menangkap bola ke green.

Jangan bimbang.

Pemain Thailand Prom Meesawat sedia menunjukkan cara-cara mengatasi masaalah ini.

 

Gambar 1:    Memang selalu berlaku pukulan tee-shot tersasar sedikit dan pukulan kedua ke green menjadi sukar sedikit dengan ranting-ranting pokok rendang ini.

Jadi caranya ialah dengan membuat pukulan rendah jenis punch menerusi bawah ranting-ranting ini dan masuk ke green.

Gambar 2:    Selalunya saya menggunakan kayu dua kali lebih daripada biasa bagi menghasilkan pukulan jenis ini.

Bola diletakkan lebih banyak ke kaki kanan manakala berat badan diletakkan lebih banyak ke kaki kiri.

Hanya dengan cara ini bola akan terbang rendah dan kayu yang digunakan juga kurang bukaan atau loftnya.

Gambar 3:    Untuk ayunan ke belakang, bawalah kayu lebih banyak menegak supaya ayunan turun akan juga lebih mencuram.

Gambar 4:    Untuk ayunan susulan atau follow through, pastikan kayu tetap didalam kawalan dan habis dengan ia menghala ke sasaran.

Disebabkan pukulan ini memerlukan dua kayu lebih panjang maka berlatihlah banyak-banyak di driving range untuk memastikan jarak pukulan seperti ini.


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5