
Chan Juara Sukma Selepas Play Off
Chan Tuck Soon, 16 tahun, anak kelahiran Bandar Hilir Melaka, yang mewakili pasukan Wilayah Persekutuan, membuktikan kegagahannya bermain di negeri kelahirannya apabila beliau berjaya meraih pingat emas perseorangan golf Sukan Malaysia (SUKMA 2010) di Kelab GolfAyer Keroh Melaka bulan lalu.
Play off di lubang 18 par 5 itu melibatkan Chan, Mohd Ilya Jamil dari Selangor dan pemain dari Sabah, Chin Jun Nian.
Sebelum itu ketiga-tiganya mengakhiri saingan tiga hari dengan keseluruhan3 di atas par 219.
Di dalam play off Mohd Ilya ditimpa malang dari lubang pertama lagi apabiladia membuat bogey manakala Chan dan Chin membuat par.
Keduanya masih terikat di lubangplay off no 2 namun sampai di pusingan ke-3 Chan bernasib baik apabila Chin ditimpa bogey walaupun putt untuk parnya hanya dari jarak 5 kaki sahaja. Sebelum itu Chan sudah membuat par.
Di akhir pertandingan Chan Tuck Soon membuat catatan keseluruhan 4 di atas par 219 hasil permainan yang tenang tanpa sebarang tekanan ketika tumpuan penonton lebih banyak kepada kumpulan terakhir yang diketuai oleh Mohd Ilya Jamil dari Selangor, Abel Tam dari Johor dan Chin Jun Nian dari Sabah.
Dua birdie dari Chan Tuck Soon di lubang 5 dan lubang 10 dan 1 bogey dilubang 14 membolehkan Chan menamatkan permainan dengan 71 pukulan di hari terakhir dan catatan keseluruhan cemerlang itu.
Sementara itu nasib tidak menyebelahi Mohd Ilya Jamil apabila dia gagal meneruskan kecemerlangan hari pertama dan kedua disebabkan kesilapan di lubang 1, 4, 6, 7, 11 lebih-lebih lagi double bogey di lubang 9.
Chan memberitahu Golf Buaya diatidak sangka boleh merangkul pingat emas.
“Saya datang hanya dengan azam hendak manghasilkan catatan di bawah par. Ayah menemani saya sepanjang kejohanan ini dan ini membuatkan saya rasa sungguh tenang, dia sentiasa memberikan saya semangat,”kata Chan.
Sementara itu pemain amatur wanita no 1 Kelly Tan dari Johor, tidak memeranjatkan sesiapa apabila dia meraih pingat emas dengan prestasinya yang sungguh cemerlang dengan catatan keseluruhan 2 di atas par 218.
Sebelum itu Kelly diasak oleh pemain Sabah Vivienne Chin dan Iman Ahmad Nordin dari Pahang.
Namun Kelly yang mendahului saingan dari hari pertama lagi ternyata terlalu kuat dan kedudukannya sedikit pun tidak tergugat.
Bermula dengan catatan +1 di atas par, Kelly Tan bermain par dari lubang 1hingga ke lubang 14 sebelum mencatatkan 'birdie' di lubang ke 15. Namun kesilapan di lubang 16 dan 17 menyebabkan beliau mencatat 'bogey' sebelum menamatkan saingan dengan catatan 73, dan keseluruhan 218, +2 di atas par, 3pukulan di hadapan Vivienne Chin di tempat kedua dan Iman Ahmad Nordin ditempat ketiga.
Golf SUKMA kali ini juga memulakan acara berpasukan lelaki dan wanita.
Bagi bahagian ini pasukan lelaki Selangor terdiri dari Mohd Ilya Jamil,Gavin Kyle Green, Kenneth De Silva dan Mohd Iszaimi meraih pingat Emas, diikutioleh pasukan Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Kim Leun Kwang, Chan TuckSoon, Ng Choo Sian dan Tan Wei Chean yang meraih pingat Perak manakala pingat Gangsa dimenangi oleh Chin Jun Nian, Lam Yu Shuen, Albright Chong dan AlexanderLau dari Sabah.
Pingat Emas bahagian berpasukan wanita diungguli oleh Johor yang dibarisi oleh Kelly Tan, Ardilla Ali dan B.K. Asha Lakshme manakala pingat Perak oleh Pasukan Pahang yang diwakili oleh Iman Ahmad Nordin, Michelle Koh dan SharonLau May Yen dan Gangsa diraih oleh Pasukan Selangor yang diwakili oleh Ainil Johani, Isza Fariza Ismail dan Khairunhanisah.
Keputusan Penuh:
Lelaki Perseorangan:
Pingat Emas : Chan TuckSoon (Wilayah Persekutuan)
Pingat Perak : Chin JunNian (Sabah)
Pingat Gangsa : Mohd IlyaJamil (Selangor)
Wanita Perseorangan:
Pingat Emas : Kelly Tan (Johor)
Pingat Perak : VivienneChin (Sabah)
Pingat Gangsa : Iman AhmadNordin (Pahang)
Lelaki Berpasukan:
Pingat Emas : Selangor
Pingat Perak : Wilayah Persekutuan
Pingat Gangsa : Sabah
Kategori Wanita Berkumpulan:
Pingat Emas : Johor
Pingat Perak : Pahang
Pingat Gangsa : Selangor

Chan Tuck Soon & Kelly Tan bersama pingat kemenangan

Johor, Johan Berpasukan Wanita.

Selangor, Johan Berpasukan Lelaki.

