
30 Jalani Program Remaja CIMB
Kumpulan Bank CIMB yang sekarang melibatkan diri secara besar-besaran denganperkembangan golf Malaysia telah memulakan program remajanya di mana 30 orang pemain muda dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura menjalani latihan oleh juru-jurulatih dari PGA Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Latihan 10 hari untuk pemain-pemain muda 15 tahun ke bawah itu diadakan dari 10 hingga 19 Jun lalu di The Mines Resort & Golf Club yang dikelolakan oleh Travis Fulton dan Shane P Gillespie dari akademi jelajah tersebut.
Program remaja CIMB itu antara lain bertujuan menghasilkan pemain-pemainhebat dari ke-empat-empat negara ini untuk beraksi di arena golf antarabangsa.
“Kami telah menegaskan bahawa penglibatan CIMB bukanlah setakat menganjurkan acara PGA itu tetapi kami mahu memberi manfaat untuk seberapa ramai orang yang boleh dan program remaja ini adalah satu daripadanya,”kata Ketua Komunikasi Kumpulan Korporat CIMB En Effendi Shahul Hamid.
“Travis Fulton dan Shane Gillespie adalah jurulatih-jurulatih golf terulung di dunia dan kami amat gembira mereka dapat datang untuk memberikan bimbingan kepada pemain-pemain muda kita,” tambah Effendi.
En David Pillsbury dari PGA berkata, “Program remaja CIMB ini sungguh menarik, kami tidak pernah mengadakan program seperti ini di wilayah ini dan adalah diharapkan program ini akan menghasilkan pemain-pemain profesional yang lebih baik untuk negara masing-masing dan seterusnya menyertai acara-acara golf antarabangsa.”


